BERITA GEMBIRA BUAT SEMUA PENGGUNA, STOKIS, DAN PENYOKONG LULUR IBUNDA YANG SETIA...
ATAS PERMINTAAN RAMAI DI SINI PIHAK DE FARSHES DENGAN BERBESAR HATI INGIN MENGUMUMKAN HANYA DENGAN PEMBELIAN 3 PAKET LULUR IBUNDA..ANDA LAYAK UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN RATU LULUR IBUNDA 2013..
BEST KAN......... ;) APA TUNGGU LAGI JOM KITA GEGARKAN..!
Sabtu, 19 Januari 2013
Ahad, 13 Januari 2013
NANTIKAN KEMUNCULAN....
PENCARIAN RATU LULUR IBUNDA 2013 YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 1 FEBRUARI INI.. TERUS MENGIKUTI LULUR IBUNDA YA.. :)
Sabtu, 5 Januari 2013
alhamdulilah...
betapa gembira hati ini kerana dapat membuat ramai orang di luar sana cantik dan memiliki kulit sehalus bayi.. x bermakna yang berduit sahaja yang blh jadi cantik ok.. kini semua orang boleh cantik dengan LULUR IBUNDA..harga yang berpatutan..mampu di miliki oleh sesiapa saja.. gembira bila lihat smua pengguna LULUR IBUNDA berpuas hati dan memberi respon yang amat memberangsangkan..kerana memang "KEJELITAAN ANDA ADALAH KEGEMBIRAAN KAMI"...
betapa banyak khasiat dalam alam semulajadi..
Manusia dan alam sekitar sememangnya saling memerlukan. Alam memerlukan manusia untuk sentiasa memeliharanya dan manusia memerlukan alam untuk menjamin kesihatan mereka. Malangnya, lebih ramai manusia yang tidak tahu akan kepentingan bahan alam semulajadi. Mungkin sekiranya mereka tahu akan kepelbagaian khasiat alam berserta tumbuh-tumbuhan, mereka akan lebih mengambil berat daripada berhabisan wang mahal2 untuk kelihatan cantik berseri. Bertukarlah kepada produk berasaskan alam semulajadi.. pasti anda akan berpuas hati.. :)
Rabu, 2 Januari 2013
RAWATAN LULUR CANTIKKAN KULIT, KEPENTINGAN LULUR
Jika kulit terdedah dan dibiarkan terlalu lama tanpa rawatan kecantikan seperti melulur atau menyental, struktur kulit boleh menjadi semakin pudar, kusam dan kelihatan lebih gelap walaupun asalnya, memiliki kulit cerah.
Justeru, kulit perlu dibelai dan dilindungi selalu apatah lagi penduduk Asia lebih terdedah kepada cuaca panas dan lembap sehingga boleh menyebabkan kulit tampak lebih gelap. Rawatan, lulur atau sental dikatakan punya keunikan dan kelebihan tersendiri untuk pencerahan kulit.
Namun, ada juga menggunakan produk perlindungan untuk kesan pencerahan dan kesan lebih drastik dengan lakukan rawatan teknik meluntur.
Bagi penjagaan kulit wajah jangka panjang, kaedah melulur atau menyental dilihat lebih praktikal dan selamat. Malah, cara penjagaan dan belaian kulit wajah seperti itu sudah diamalkan sejak dulu.
Sebelum wujudnya pelbagai rawatan moden, orang zaman dulu memilih teknik melulur menggunakan tumbuh-tumbuhan, pokok herba dan kekacang bagi mendapatkan impak pada kecantikan kulit. Ini kerana melulurkan kulit menggunakan bahan semula jadi tanpa mengandungi bahan kimia dapat menyalurkan khasiat terbaik terus ke dalam kulit.
Meluntur menggunakan cara traditional yang didapati daripada buah-buahan seperti limau dan lemon. Sebelum ini, bahan digunakan berasaskan bahan semula jadi tanpa diproses seperti madu dan kunyit.
Kaedah rawatan lulur
Pengasas produk kecantikan berasaskan tumbuhan semula jadi, Pn Nooraza Bt Shaari,, berkata melulur atau menyental bertujuan memberi kecantikan kulit secara menyeluruh.
Tujuan utama melulur bagi menanggalkan sel kulit mati mendap dalam liang poripori dan mengembalikan kebersihan kulit daripada kekotoran, sekali gus mampu memberikan warna kulit tampak sekata.
Katanya, berbeza menyental kaedah moden lazimnya, menggunakan krim siap sedia dan boleh digunakan terus pada tubuh tanpa perlu membuat bancuhan. Lulur secara tradisional pula ratarata dihasilkan dengan jenis serbuk diperbuat daripada bahan semula jadi dibancuh sebelum disental ke seluruh tubuh.
"Menyental kulit kaedah rawatan penjagaan kulit diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Sebelum kewujudan teknologi canggih, masyarakat zaman dulu membuat sendiri lulur badan menggunakan tumbuhan alam semula jadi.
"Tanpa mencampurkan bahan kimia, lulur tumbuhan semula jadi mampu memberi khasiat terus kepada kulit. Selain membersih dan mengembalikan seri kulit kusam, melulur juga membantu menjadikan kulit lebih tegang dan tidak berkedut. Menariknya, orang zaman dulu mencari bahan asli lalu membuat ramuan sendiri,"
Bahan asli
Selain kesan pencerahan, melulur juga didapati menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap. Antara tumbuhan semula jadi sering digunakan orang dulu ialah hampas kelapa, beras pulut, nanas diparut, serbuk biji kopi, daun jambu batu, kunyit parut, asam jawa, kulit kayu manis dan kacang hijau,
Pn Nooraza yang juga pengasas dan pengeluar produk kecantikan tubuh dan rawatan Melayu tradisional, De Farshes Enterprise berkata, setiap bahan semula jadi itu mempunyai kelebihan tersendiri yang dapat membaiki masalah kulit. Contohnya, hampas kelapa dikatakan dapat menghilangkan kulit kering dan bersisik, manakala beras pulut pula berfungsi untuk melicinkan dan memutihkan kulit.
"Kunyit parut dicampur dengan beras dikisar berfungsi memutihkan kulit. Mengandungi antiseptik, ia juga dapat memelihara kulit supaya sentiasa sihat dan bersih. Kandungan air asam jawa dicampur beras kisar mampu mencerahkan kulit akibat panahan matahari terutama selepas berjemur selepas mandi laut," katanya.
Bahan dipilih melakukan menyental bergantung kepada jenis kulit sama ada sensitif, berminyak dan kering, biasanya dialami orang Asia.
Kulit jenis sensitif amat sesuai menggunakan lulur hampas kelapa, beras pulut dan kunyit. Kulit berminyak disarankan menggunakan ramuan seperti nanas, kopi, asam jawa, kacang hijau, daun jambu batu dan kayu manis manakala kulit kering pula sesuai menggunakan semua bahan berkenaan.
Kepentingan lulur
* Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
* Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
* Menghilangkan warna kulit berbelang.
* Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
* Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
* Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.
CARA ORANG DULU LAKUKAN LULUR DAN KINI DI PRAKTIKAN SEMULA OLEH LULUR IBUNDA..
Hampas kelapa
* Menyental kulit untuk menghilangkan kulit kering dan bersisik.
Beras pulut
* Menyental untuk melicinkan kulit dan memutih secara semula jadi.
Nanas parut
* Menyental tubuh terutama kawasan kasar seperti siku, lutut dan buku lali.
Serbuk biji kopi
* Dibersihkan dan disental pada tapak tangan kasar dan tubuh gelap terutama kawasan leher, ketiak dan celah peha.
Isi kunyit parut
* Dicampur beras kisar untuk memutih kulit, antiseptik dan memelihara kulit supaya sentiasa sihat dan bersih.
Serbuk kayu manis
* Bertujuan membersihkan tubuh daripada masalah bekas parut dan jerawat.
Kacang hijau
* Kisaran kacang hijau bagus membersihkan kulit kasar dan kusam.
Garam Bukit
* Membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
Langgan:
Catatan (Atom)